look at me now.

Thursday 15 May 2014

little scattered thoughts on paper.

Kadang kala masa tidak mengizinkan
segala yang ingin engkau lakukan
janji janji yang perlu ditunaikan-
Tidak mengapa,
esokkan ada?

-

You only realise what you have when it's gone
because you were too busy chasing what you didn't
while it was there.

-

Walau jelas perasaannya terhadap kau,
tidak mungkin kau katakan,
tidak akan pernah, kau percaya,
mahupun kebenarannya kau tahu

dalam diam
kau nafi
kerana satu
kau tahu,
tidak mampu,
oh tidak sama sekali mampu-
kau membalas kembali,
perasaan itu.

-

"Kau fikir kau seorang.
pernah kau fikir pasal kami?
Pernah?"

aku penat
tapi aku bangun
bangkit dari segala mimpi
masih mampu teguh berdiri

aku penat
tapi tidur masih aku lewati
tolak ketepi perasaan sendiri
pekakkan telinga pada rintihan hati

aku penat
tapi aku masih disini
bukannya di kamar
leka goyang kaki

aku penat
tapi masih aku fikir tentang mereka
fikirkan penat lelah segala
walau tidak pernah terlintas
tidak pernah difikir oleh mereka sendiri
di minda mahupun hati, penatnya diri ini

aku penat
lagi masih berpura pura
berlagak tiada apa
hanya kerana kasih, kerana sayang
semua demi mereka

aku penat
tetapi tetap aku buat segala
walau mereka katakan tidak pernah
tidak mungkin aku membuat apa
apakah mereka buta?
atau mungkin ini yang dikatakan dunia?
dimana engkau dipijak dan diguna-

kerana aku penat.
Sungguh aku penat.

-

Falling raindrops, falling raindrops
falling falling from the dark grey sky
the rain is pouring, rain is pouring
as if the steaming hot tears streaming down my cheeks
like a waterfall.


-riri-

No comments:

Post a Comment