look at me now.

Thursday, 25 August 2016

dekat di hati, namun mati.

Suatu pagi dan semalam.
That's all it takes.

Ditemui takdir, ditinggalkan masa depan.
Cinta yang dulu, namun orangnya baru.
Aku bukan dia, engkau bukan lagi aku.
Janggal seketika, mungkin juga tiada bedanya.
Kita kan sama sahaja.

Kau dan mereka.
Aku, si dia.
Maka tiada lagi cebisan yang silam.
Hilang segala erti perkara sebelum ini.

Mungkin suatu hari kita kan bertemu lagi.
Mungkin juga tidak sama sekali.
Pinta ku pada tuhan, moga kau dijauhi.
Kali ini, dengan lebih erti.

Akan ku lebih sayangi yang kini.

Harapan ku kau menjumpai segala yang dicari.
Maaf atas yang lalu, ianya bukan aku lagi.
Semoga bahagia, dulu kau segalanya.
Sekarang, hanya lah dia.

You are just a boy after all, no?

-riri-

No comments:

Post a Comment