look at me now.

Friday 13 April 2018

plot twist.

5/3/18:617am.

Tiba hari kan kesedaran mulai timbul,
jikalau waktunya, andai kata takdir sudah tertera,
walau setiap saat diambil tidak mungkin dipulang mahupun diputar kembali,
setelah setiap satu yang dijelas berulang kali sehingga lali yang mendengari,
sekian lama aku menanti, jemu beria menidakkan yang iya,
dan pada waktu jantung aku hampir terhenti buat kali ketujuh puluh tujuh,
akan kembali segala memori yang aku yakini asalnya daripada kamu-

lalu mekarnya harapan bahawa segalanya sepertimana kita harapkan,
tiba masa aku bangkit semula namun mampukah aku membuka mata sesiapa,
jikalau mata kamu masih dikaburi segala yang sudah berlalu,
apakah tiada maaf bagiku atas segala yang hapus ditanam hari-

walau bagaimana pun seringkali tidak walau sekali, 
aku meminta, 
segala jenis derita dan neraka dunia ke atas kamu,
ketahui aku tidak pernah gemar walau hati aku kamu cemari-

sungguhpun masih tertanya, 
terperdeya,
ya bodohnya aku percaya,
pada suatu hari,
jika kena masa,

mungkin yang tiba itu lah dia-
ia lah cinta,
atau hanya

seorang manusia.

-riri-

No comments:

Post a Comment